BERITA SEMASA

Setiap bantuan ke Palestin perlu disalur secara teratur, tersusun – PM

PUTRAJAYA – Sebarang pelan pelan bantuan kemanusiaan dari Malaysia ke Palestin perlu dikoordinasi dengan teliti dan berkesan bagi memastikan setiap bentuk bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, penyaluran bantuan tidak boleh dilakukan secara tergesa-gesa atau berasingan, sebaliknya perlu dilaksana secara tersusun melalui kerjasama erat antara kerajaan dan rangkaian masyarakat sivil negara ini.

“Pelan bantuan dari Malaysia mesti dikoordinasi dengan teliti dan berkesan agar setiap bantuan benar-benar sampai kepada mereka yang memerlukan,” katanya dalam satu hantaran di akaun Facebook miliknya, hari ini.

Anwar memberitahu, perkara itu ditegaskan beliau ketika mengadakan pertemuan bersama rangkaian masyarakat sivil Malaysia yang menggerakkan Ops Ihsan dan Sumud Flotilla bagi menyelaras tindakan segera menghantar bantuan kemanusiaan ke Palestin.

Beliau turut menyatakan keyakinan bahawa dengan kebijaksanaan, kecekapan dan semangat solidariti yang ditunjukkan semua pihak, usaha berkenaan akan membantu meringankan penderitaan rakyat Gaza serta menjadi lambang keprihatinan dan kemanusiaan rakyat Malaysia terhadap perjuangan Palestin.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button