BERITA SEMASA

Tahanan GSF digari, dipaksa melutut lima jam

KUALA LUMPUR – Peserta Misi Global Sumud Flotilla (GSF) yang ditahan rejim Zionis didakwa dipaksa melutut dalam keadaan tangan bergari selama kira-kira lima jam selepas melaungkan slogan ‘Free Palestine’.

Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM), Datuk Dr Ahmad Sani Araby Al-Kahery berkata, maklumat terbaharu itu dikongsikan oleh wakil perundangan dilantik (ADALAH) kepada pihaknya.

“Tahanan turut dinafikan hak asas untuk mendapatkan akses kepada air, tandas, ubat-ubatan dan bertemu peguam,” katanya dalam sidang media dari Sumud Nusantara Command Centre di Dengkil, hari ini.

Beliau berkata, pihak berkuasa Israel turut mengarahkan tahanan menandatangani borang ‘Request of Immediate Departure’ dan kesemua delegasi Malaysia telah berbuat demikian.

Katanya, jumlah keseluruhan sukarelawan dan aktivis yang ditahan Israel dalam konvoi GSF kini berjumlah 458 orang selepas empat daripadanya yang merupakan rakyat Itali dibebaskan semalam.

Seramai 23 orang rakyat Malaysia kini berada dalam tahanan Israel dan kerajaan telah memberi jaminan akan melakukan yang terbaik untuk membawa mereka pulang melalui saluran diplomasi antarabangsa.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button