BERITA SEMASALUAR NEGARA

Afrika Selatan desak Israel bebas aktivis Global Sumud Flotilla termasuk cucu Nelson Mandela

JOHANNESBURG – Afrika Selatan semalam mendesak Israel membebaskan aktivis yang menyertai Global Sumud Flotilla (GSF) termasuk cucu Nelson Mandela dengan menyifatkan tindakan memintas kapal bantuan kemanusiaan menuju Gaza itu sebagai kesalahan serius dan pelanggaran undang-undang antarabangsa.

Afrika Selatan sebelum ini telah membawa Israel ke Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) dengan menuduh rejim itu melakukan genosid dalam peperangan yang dahsyat di Gaza.

“Pemintasan Global Sumud Flotilla adalah satu lagi kesalahan serius oleh Israel terhadap solidariti dan sentimen global yang bertujuan meringankan penderitaan di Gaza serta memajukan keamanan di rantau ini,” kata Presiden Cyril Ramaphosa dalam satu kenyataan.

Ramaphosa turut menegaskan bahawa tindakan pasukan Israel memintas flotila di perairan antarabangsa adalah satu pelanggaran terhadap perintah ICJ yang mengkehendaki bantuan kemanusiaan dibenarkan masuk tanpa halangan.

Sebelum berlepas dari Afrika Selatan untuk menyertai flotila, cucu Mandela, Mandla Mandela, memberitahu media antarabangsa bahawa kehidupan rakyat Palestin di bawah pendudukan Israel adalah lebih buruk daripada pengalaman masyarakat kulit hitam Afrika Selatan ketika era apartheid.

Israel bagaimanapun menolak sebarang perbandingan antara kehidupan rakyat Palestin yang telah berdekad-dekad hidup di bawah pendudukan dan sekatan ekonomi dengan era apartheid di Afrika Selatan yang menyaksikan majoriti kulit hitam ditindas oleh pemerintahan minoriti kulit putih yang represif.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button