Gelombang ketiga misi kemanusiaan ke Gaza dilancar, 9 rakyat Malaysia terlibat
KUALA LUMPUR – Gelombang ketiga misi kemanusiaan ke Gaza dilancar hari ini dengan membawa peserta daripada pelbagai latar belakang.
Meurut MyCare dalam satu hantaran menerusi laman Facebooknya, misi kemanusiaan itu membawa wartawan antarabangsa, pakar perubatan, ahli Parlimen serta aktivis kemanusiaan untuk masuk ke Gaza di bawah gabungan Freedom Flotilla Coalition (FFC) and Thousand Madleens to Gaza (TMTG).
“Misi ini dilancarkan di Porto Otranto, Itali dan para peserta telah berlepas pada hari ini,” katanya hari ini.
Dalam pada itu katanya, misi tersebut turut membawa sembilan rakyat Malaysia yang terdiri daripada pelbagai latar belakang.
“Delegasi Malaysia yang berada dalam misi ini adalah empat doktor perubatan iaitu Dr Maziah Mohammad
Dr Fauziah Hassan, Dr Hafiz Sulaiman dan Dr Ili Syakira Mohd Suhaimi.
“Selain itu misi tersebut turut disertai wartawan Astro Awani, Syafik Shukri Abdul Jalil; Prof Emeritus Dr Mohd Alauddin Mohd Ali (Pesara); Prof Dr Mohd Afandi Salleh (Pensyarah); Dr Noorhasyimah Ismail (Pensyarah) dan Norsham Abu Bakar (Ahli Lembaga Pemegang Amanah MyCARE),” katanya.
Katanya, misi itu merupakan misi flotilla kedua selepas ditahan askar rejim Israel bagi Dr Fauziah (2016) dan Dr Mohd Afandi (2018).
Sementara itu, pihaknya turut memohon rakyat Malaysia untuk memberikan sokongan sepenuhnya dan membuat sebaran pelayaran itu.
“Gaza sedang memerlukan para pakar perubatan dan wartawan untuk menunjukkan keadaan sebenar di sana.
“Boleh lihat tracker secara live di https://thousandmadleens.fr/tracker/
Doakan agar misi ini berjalan dengan lancar,” katanya.Â
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








