BERITA SEMASAJENAYAH & MAHKAMAH

Wanita maut, empat lelaki cedera kemalangan di Lebuhraya Karak

GOMBAK – Seorang wanita berusia 19 tahun maut manakala empat lelaki cedera dalam kemalangan membabitkan tiga kereta di Lebuhraya Karak, awal pagi tadi.

Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor, Ahmad Mukhlis Mukhtar berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 2 pagi.

Menurutnya, sebuah jentera dengan enam pegawai dan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Selayang dikejarkan ke lokasi sejurus menerima maklumat.

“Komander operasi melaporkan kemalangan melibatkan tiga kereta iaitu Perodua Ativa, Perodua Myvi dan Honda City. Empat mangsa lelaki berusia lingkungan 20-an dilaporkan selamat.

“Seorang wanita berusia 19 tahun bagaimanapun tersepit dalam kereta Honda City dan disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang tiba di lokasi,” katanya dalam kenyataan hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button