PM ucap takziah tragedi banjir di Bali
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan rasa sedih dan dukacita atas kehilangan nyawa serta kerosakan besar akibat banjir kilat yang melanda Bali, Indonesia.
Dalam satu hantaran di Facebook, Anwar menyampaikan doa dan simpati kepada keluarga mangsa yang terkorban dan semua penduduk yang terjejas.

“Pada saat penuh kesedihan ini, saya berdiri bersama Presiden Prabowo dan rakyat Indonesia. Malaysia turut berdukacita bersama anda dan kami akan terus mengenang rakyat Bali dalam doa serta ingatan ketika mereka melalui proses pemulihan bencana ini,” katanya.
Menurut Agensi Pengurusan Bencana Indonesia (BNPB), sekurang-kurangnya 19 orang disahkan terkorban selepas hujan lebat berterusan sejak Isnin lalu mengakibatkan banjir besar serta tanah runtuh di Pulau Bali dan wilayah Nusa Tenggara Timur.
Usaha mencari dan menyelamat masih giat dijalankan bagi mengesan mangsa yang dilaporkan hilang.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














