LHDN anjur Persidangan Cukai PMKS 2025, peluang usahawan tingkat kefahaman percukaian
KUALA LUMPUR – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dengan kerjasama Persatuan Akauntan Percukaian Malaysia (MATA) bakal menganjurkan Persidangan Cukai Usahawan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) 2025 pada 25 September ini di Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur.
Persidangan julung kali itu memberi peluang kepada usahawan serta komuniti perniagaan di seluruh negara untuk meningkatkan pengetahuan berkaitan percukaian, selain membincangkan isu-isu pematuhan yang sering dihadapi golongan berkenaan.
LHDN berkata, program berbayar dengan yuran RM550 tidak termasuk SST itu akan dijalankan secara hibrid iaitu bersemuka dan webinar, bagi membolehkan lebih ramai peserta menyertainya.
“Empat topik utama akan diketengahkan menerusi pembentangan dan forum panel bersama pegawai kanan HASiL, MATA, Dewan Perniagaan Islam Malaysia (DPIM) dan Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM).
“Antara topik yang dibincangkan ialah landskap percukaian Malaysia, isu dan cabaran pematuhan cukai, pelaksanaan sistem e-PCB Plus serta demonstrasi sistem e-Invois,” katanya dalam satu kemyataan hari ini.
Selain itu, peserta turut berpeluang mengikuti sesi perkongsian khas bersama penyanyi dan usahawan berjaya, Nubhan Ahamad, yang dijemput sebagai panel jemputan bagi berkongsi pengalaman mengurus perniagaan dan percukaian.
Penganjur turut memaklumkan, majikan berdaftar dengan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) boleh membuat tuntutan pembiayaan kos latihan untuk kakitangan yang menghadiri persidangan ini.
Orang ramai yang berminat boleh mendaftar melalui portal rasmi MATA di www.mata.org.my atau menghubungi Urus Setia Persidangan PMKS 2025 di talian 03-4149 9599 / 016-240 9343, atau melalui emel seminarhasil@hasil.gov.my.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








