Noor Ramzilaa mohon maaf fitnah Menteri Pendidikan ada hubungan kekeluargaan dengan pengetua sekolah Zara Qairina
KUALA LUMPUR – Seorang pengguna media sosial, Noor Ramzilaa tampil membuat permohonan maaf secara terbuka kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek selepas mengaitkan beliau dengan dakwaan tidak berasas.
Noor Ramzilaa dalam satu kenyataan di Facebook hari ini, mengaku tersilap apabila menuduh Fadhlina sebagai sepupu kepada pengetua sekolah Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir tanpa usul periksa.

Beliau berkata, komen tersebut dibuat hasil daripada maklumat yang diperoleh menerusi siaran langsung individu dikenali sebagai Jufazli Shi Ahmad serta rakaman skrin yang dikongsi pengguna di TikTok.
“Saya benar-benar minta maaf atas apa yang berlaku. Saya mengaku saya salah dan berjanji tidak akan mengulangi perbuatan ini,” tulisnya.
Noor Ramzilaa turut mengakui tidak menyedari bahawa komen berbaur fitnah yang dibuatnya boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Terdahulu, Fadhlina bertindak membuat laporan polis semalam berhubung komen berunsur fitnah yang ditulis oleh Noor Ramzilaa.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







