PM Nepal letak jawatan, bangunan Parlimen dibakar
KATHMANDU – Perdana Menteri Nepal, KP Sharma Oli hari ini meletak jawatan ketika penunjuk perasaan antirasuah terus mencabar perintah berkurung tanpa had dan bertempur dengan polis.
“Perdana menteri sudah letak jawatan,” kata pembantunya, Prakash Silwal, kepada Reuters.
Terdahulu, kerajaan pimpinan Oli telah menarik balik larangan media sosial selepas protes bertukar ganas, mengorbankan 19 orang dan mencederakan lebih 100 yang lain apabila polis melepaskan gas pemedih mata serta peluru getah ke arah penunjuk perasaan yang cuba menyerbu bangunan parlimen, semalam.
Namun, kemarahan rakyat terhadap kerajaan masih memuncak dengan saksi mendakwa penunjuk perasaan membakar rumah beberapa ahli politik di Kathmandu, manakala media tempatan melaporkan beberapa menteri diselamatkan oleh helikopter tentera.
The Hindustan Times melaporkan, salah sebuah bangunan di dalam kompleks Parlimen turut dibakar oleh penunjuk perasaan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








