Hampir 45,000 pelajar sekolah dikesan merokok tahun lalu
KUALA LUMPUR – Gejala merokok dalam kalangan generasi muda semakin membimbangkan apabila Kementerian Kesihatan (KKM) mendedahkan hampir 45,000 pelajar sekolah di seluruh negara dikesan menggunakan produk merokok termasuk rokok konvensional, elektronik dan vape tahun lalu.
Daripada jumlah itu, seramai 44,211 adalah pelajar sekolah menengah, manakala 230 murid sekolah rendah dikesan selepas menyertai Program Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok (KOTAK).
Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, daripada data itu, seramai 17,172 pelajar menengah didapati menggunakan rokok biasa, 19,782 lagi rokok elektronik atau vape.
“KKM komited membendung amalan merokok dan ketagihan vape melalui inisiatif bersepadu, merangkumi pencegahan awal serta intervensi berhenti merokok.
“Klinik Berhenti Merokok (KBM) turut disediakan di 857 klinik kesihatan di seluruh negara bagi membantu mereka berhenti,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Negara, hari ini.
Sepanjang tahun lalu, seramai 38,467 perokok mendaftar melalui KBM dengan kejayaan berhenti merokok pada kadar 56.8 peratus yang bersamaan 4,916 peserta.
Selain itu, platform dalam talian JomQuit turut dioptimumkan dengan 1,968 klien menerima sesi rundingan berhenti merokok bersama pengamal kesihatan bertauliah antara Oktober 2024 hingga Ogos lalu.
Menurut Dr Dzulkefly, langkah bersepadu itu selaras aspirasi KKM untuk mewujudkan generasi bebas rokok dan vape pada masa depan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








