BERITA SEMASABISNES & EKONOMI

Program Memfail Dokumen entiti Labuan dimuat naik dalam portal LHDN

CYBERJAYA – Program Memfail Dokumen yang Ditentukan di bawah Seksyen 22EB Akta Cukai Aktiviti Perniagaan Labuan (ACAPL) 1990 melalui Malaysian Income Tax Reporting System (MITRS) telah dimuat naik menerusi portal rasmi LHDN pada 1 September lalu.

Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dalam kenyataan memaklumkan dokumen berkenaan boleh diakses dengan melayari portal rasmi LHDN www.hasil.gov.my.

Program ini berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2025 (asas tahun semasa) selaras dengan peruntukan baharu di bawah Seksyen 22EB ACAPL 1990 yang memerlukan pembayar cukai mengemukakan penyata keuntungan mengikut Seksyen 5 atau 10 ACAPL 1990.

“Pembayar cukai juga perlu memberikan maklumat serta mengemukakan dokumen sebagaimana ditentukan oleh Ketua
Pengarah Hasil Dalam Negeri bagi tujuan menentukan keuntungan yang boleh dikenakan cukai dan cukai yang kena dibayar atau keuntungan bersihnya,” menurut kenyataan itu hari ini.

Sebagai permulaan, dokumen di bawah Seksyen 22EB ACAPL 1990 yang perlu dikemukakan ialah penyata kewangan beraudit/ akaun penyelesai, salinan resit pembayaran zakat – Seksyen 8A ACAPL 1990 (jika berkaitan) dan pengiraan lengkap insentif yang dituntut (jika berkaitan).

“Dokumen berkenaan perlu dikemukakan dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris sahaja dan jika disediakan dalam bahasa lain, terjemahan rasmi dalam bahasa Melayu atau bahasa Inggeris perlu disertakan,” menurut kenyataan itu.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button