BERITA SEMASA

Cukai dividen 2 peratus dilaksana berkuatkuasa Tahun Taksiran 2025 – LHDN

CYBERJAYA – Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) akan mengenakan cukai pada kadar dua peratus ke atas jumlah pendapatan dividen yang melebihi RM100,000 setahun berkuat kuasa mulai Tahun Taksiran (TT) 2025.

Menurut LHDN dalam satu kenyataan, ia susulan pengumuman pelaksanaan cukai ke atas pendapatan dividen yang diterima oleh pemegang saham individu ketika pembentangan Belanjawan 2025.

“Langkah ini merupakan sebahagian daripada usaha memperkukuh sistem percukaian negara secara inklusif dan menepati keperluan semasa ekonomi negara.

“Selaras dengan pelaksanaan ini, syarikat yang membayar, mengkredit atau mengagih dividen yang diperoleh dari Malaysia adalah diwajibkan untuk mengeluarkan perakuan atau baucar dividen kepada pemegang saham individu,” katanya hari ini.

Dalam pada itu katanya, keperluan itu adalah tertakluk di bawah Seksyen 108 Akta Cukai Pendapatan (ACP) 1967 dan bertujuan untuk menyatakan amaun kasar dividen serta amaun yang dibayar atau dikreditkan kepada pemegang saham.

“Sekiranya dividen dibayar dalam bentuk harta tanah, nilai pasaran pada masa agihan dividen dibuat kepada pemegang saham hendaklah ditunjukkan dalam baucar dividen.

“Bagi memudahkan pelaporan dan pematuhan kepada keperluan ini, LHDN telah menyediakan format dan contoh baucar dividen baharu yang boleh dimuat turun mengikut panduan mudah menerusi www.hasil.gov.my.

“Klik menu Borang > Format Baucar DividenPembayar cukai khususnya syarikat adalah digalakkan untuk merujuk dan menggunakan format yang telah disediakan bagi memastikan pengisian maklumat berkaitan dividen dilakukan secara teratur, telus dan menepati keperluan percukaian semasa,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button