BERITA SEMASADALAM NEGERI

Suria KLCC nafi halang peserta pro-Palestin masuk pusat beli-belah

KUALA LUMPUR – Suria KLCC mempertahankan tindakan anggota keselamatannya susulan dakwaan peserta perhimpunan pro-Palestin dihalang memasuki pusat beli-belah berkenaan.

Mengulas mengenai sebuah video tular di media sosial yang menunjukkan pertelingkahan antara anggota keselamatan dengan aktivis Tian Chua, Suria KLCC menjelaskan, tindakan itu dibuat mengikut garis panduan keselamatan.

“Insiden berlaku apabila seorang pengunjung diminta tidak membawa masuk sebatang kayu panjang ke dalam pusat beli-belah. Ia selaras dengan prosedur keselamatan kami yang melarang barangan berpotensi mendatangkan risiko atau mengganggu keselesaan pengunjung.

“Kami menegaskan langkah ini adalah piawaian keselamatan untuk semua pengunjung dan tidak didorong sebarang pendirian politik,” katanya dalam kenyataan semalam.

Suria KLCC menambah, keselamatan dan kesejahteraan komuniti menjadi keutamaan serta menghargai kerjasama orang ramai dalam mengekalkan suasana selamat dan teratur.

Terdahulu, protes diadakan bagi membantah lawatan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump ke Malaysia sempena Sidang Kemuncak ASEAN 2025.

Sebelum itu, sekumpulan 23 NGO menggesa kerajaan membatalkan lawatan tersebut dengan menegaskan peranan Amerika Syarikat dalam genosid Israel terhadap Palestin bercanggah dengan pendirian moral Malaysia berhubung konflik di Gaza.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button