ARMADA BERSATU buat laporan polis siasat pihak cetuskan kekecohan pada perhimpunan agung
KUALA LUMPUR – ARMADA BERSATU membuar laporan polis berhubung insiden kekecohan yang berlaku ketika Perhimpunan Agung Tahunan (PAT) BERSATU di Pusat Konvensyen Ideal (IDCC) di sini, malam tadi.
Ketua Penerangan ARMADA BERSATU, Harris Idaham Rashid berkata, laporan berkenaan dibuat oleh Ketua Komander Briged ARMADA BERSATU, Afiq Nardin di Balai Polis Seri Muda kira-kira jam 12 tengah malam.
“Laporan juga dibuat kepada Lembaga Disiplin parti bagi menggesa tindakan diambil terhadap perwakilan dan individu yang mencetuskan kekecohan.
“Dalam laporan disiplin itu, kami menyenaraikan perkara yang kami tidak berpuas hati kerana ia memalukan, berlaku di khalayak serta di hadapan jemputan dan pengamal media,” katanya.
Mengulas lanjut, Harris yang juga Ketua BERSATU Bahagian Balik Pulau berkata, Pengerusi Tetap parti memaklumkan pihak yang terlibat sudah dipanggil sejurus selepas kekecohan dan mereka menyatakan permohonan maaf serta mengakui kesal dengan tindakan itu.
“Pengerusi Tetap maklumkan malam tadi mereka dipanggil dan menyatakan permohonan maaf, kesal dan mengakui perkara itu tidak patut berlaku,” ujarnya.
PAT BERSATU 2025 malam tadi kecoh apabila berlaku pergelutan dan tolak-menolak ketika Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin sedang menyampaikan ucapan dasar.
Situasi itu menyebabkan sesi berkenaan terganggu dan tertangguh beberapa minit.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








