Pearly–Thinaah cipta sejarah layak ke final Kejohanan Badminton Dunia
PARIS – Pearly Tan–M. Thinaah mencipta sejarah apabila menjadi gandingan wanita Malaysia pertama mara ke pentas akhir Kejohanan Badminton Dunia selepas menewaskan wakil Jepun pada aksi separuh akhir di Adidas Arena, Paris sebentar tadi.
Kejayaan sensasi itu hadir selepas pasangan beregu wanita negara itu menundukkan pasangan Nami Matsuyama–Chiharu Shida dengan keputusan 14–21, 21–13, 21–12.
Pasangan nombor dua dunia itu bermula agak longgar pada set pertama apabila melakukan beberapa kesilapan mudah yang dimanfaatkan pihak lawan.
Walau bagaimanapun, Pearly–Thinaah bangkit memperkemas rentak permainan dengan lebih tersusun pada set kedua, sebelum mendominasi gelanggang sepenuhnya dalam set penentuan.
Kemenangan tersebut melakar sejarah baharu buat badminton negara apabila Pearly–Thinaah menjadi pasangan wanita pertama berjaya mara ke final kejohanan berprestij dunia itu.
Pada aksi final esok, mereka bakal berdepan cabaran sama ada gandingan nombor satu dunia dari China, Liu Sheng Shu–Tan Ning atau pasangan Jepun, Rin Iwanaga–Kie Nakanishi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |






















