PM sampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025, esok
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan menyampaikan Amanat Perdana Hari Kebangsaan 2025, esok.
Majlis yang akan diadakan di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang, itu bakal menyaksikan kehadiran lebih 4,000 tetamu antaranya penjawat awam daripada pelbagai agensi dan jabatan, wakil badan beruniform, warga pendidik sekolah dan institusi pendidikan tinggi, pelajar, belia, wakil kesatuan sekerja serta usahawan, koperasi dan penjaja kecil.
Majlis akan turut dihadiri Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Fadillah Yusof; Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang dan Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari.
Antara pengisian majlis amanat itu termasuk lafaz ikrar Rukun Negara oleh sukarelawan siswa bersama kanak-kanak Tabika Perpaduan dan persembahan kebudayaan “Harmoni MADANI”.
Majlis tersebut akan dipancarkan secara langsung menerusi televisyen dan media sosial bagi mereka yang tidak sempat hadir ke MAEPS.
Diadakan sehari sebelum sambutan Hari Kebangsaan, Aaron sebelum itu dilaporkan , majlis amanat itu menjadi platform untuk menyampaikan hasrat dan harapan pimpinan tertinggi kerajaan mengenai kepentingan menghayati semangat perpaduan serta menyemai patriotisme dalam kalangan rakyat Malaysia.
Sambutan Hari Kebangsaan tahun ini akan diadakan di Dataran Putrajaya dengan tema ‘Malaysia MADANI: Rakyat Disantuni’.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








