BERITA SEMASA

Ahi Parlimen cadang tulisan Jawi dimasukkan dalam kad pengenalan

KUALA LUMPUR – Seorang Ahli Parlimen hari ini mencadangkan kerajaan membenarkan tulisan Jawi dalam kad pengenalan fizikal dan digital.

Cadangan itu diutarakan Datuk Mumtaz Md Nawi (PN-Tumpat) yang turut memberitahu Dewan Rakyat bahawa negara jiran Singapura turut membenarkan tulisan etnik dalam kad pengenalannya.

“Usaha ini bukan hanya simbol budaya, tetapi langkah strategik untuk memperkukuh legasi bangsa, identiti negara dan keselamatan dokumen rasmi warganegara,” katanya

Mumtaz berkata demikian ketika membahaskan RUU Rang Undang-Undang (RUU) Pendaftaran Negara (Pindaan) di Dewan Rakyat, hari ini.

Wakil rakyat Pas itu turut percaya tulisan Jawi akan menambah lapisan keselamatan kerana sukar dimanipulasi, serta memberi nilai tambah dalam hubungan antarabangsa.

“Malaysia wajar mengambil langkah lebih ke hadapan untuk memperkukuh identiti rasmi kita,” katanya lagi.

RUU yang dibaca buat kali kedua hari ini antara lain mempunyai tujuan untuk menyelarikan Akta Pendaftaran Negara (Akta 78) dengan inisiatif dan dasar kerajaan, terutama berkaitan MyDigital ID.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika membentangkan Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13) 31 Julai lalu berkata, MyDigital ID akan diperkenalkan sebagai kunci pengesahan identiti digital tunggal yang selamat dan sahih, bagi memudahkan akses kepada kemudahan awam dalam talian.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button