SUKAN

Isak ‘angkat kaki’, Liverpool tunggu masa

LONDON – Misteri masa depan Alexander Isak bersama Newcastle United semakin hampir ke penghujung apabila pengurus pasukan, Eddie Howe akhirnya mengaku bahawa penyerang Sweden itu sudah berbincang dengannya mengenai hala tuju karier sejak penghujung musim lalu.

Pengakuan tersebut sekali gus melenyapkan penafian awal kelab dan membuktikan Isak tidak berbohong apabila menyatakan sudah ada perbincangan mengenai masa depannya.

“Ya, saya dan Alex telah berbicara menjelang akhir musim lalu. Saya tidak akan duduk di sini dan menafikannya. Kami membincangkan masa depannya,” memetik laporan The Guardians.

Howe turut mengesahkan Isak tidak akan beraksi pada perlawanan hujung minggu ini kerana kelab perlu membuat keputusan terbaik demi kepentingan Newcastle.

“Dia masih pemain kami. Harapan saya dia akan kembali, tetapi buat masa ini dia tidak akan bermain. Ia adalah momen yang menyedihkan,” ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Liverpool dilaporkan telah membuat tawaran awal bernilai £40 juta (RM244 juta) untuk mendapatkan khidmat Isak musim ini. Namun, rundingan masih belum menemui kata putus selepas Newcastle mahu menjualnya pada harga pasaran lebih tinggi.

Lebih merumitkan keadaan, The Reds boleh menunggu sehingga setahun untuk mendapatkan Isak secara percuma apabila kontraknya bersama Newcastle tamat, sesuatu yang pasti memberi tekanan besar kepada pengurusan kelab.

Dengan hanya 10 hari berbaki sebelum pintu perpindahan ditutup, drama masa depan Isak kini menjadi tontonan panas peminat bola sepak, malah tidak mustahil penyerang sensasi itu bakal ‘angkat kaki’ dari St. James’ Park bila-bila masa sahaja.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button