Inkues Zara Qairina: Permohonan ibu sebagai orang berkepentingan didengar 28 Ogos ini
KUALA LUMPUR – Permohonan ibu kepada Allahyarhamah Zara Qairina Mahathir, Noraidah Lamat untuk diiktiraf sebagai orang berkepentingan dalam prosiding inkues berhubung kematian anaknya akan didengar di hadapan koroner pada 28 Ogos ini.
Menurut kenyataan bersama barisan peguam mewakili Noraidah, permohonan itu telah difailkan di Mahkamah Koroner pada 19 Ogos lalu dengan tujuan membolehkan beliau melalui peguam, terlibat secara langsung dalam prosiding berkenaan.
“Dalam permohonan tersebut kami juga memohon agar anak guam kami dibenarkan terlibat dalam prosiding inkues tersebut untuk memeriksa dan menyoal balas saksi-saksi, melihat dokumen-dokumen dan mencadangkan dan membawa saksi-saksi dan dokumen-dokumen tambahan untuk membantu koroner,” kata kenyataan itu.
Selain itu, pihak peguam turut memohon agar diberikan salinan dokumen berkaitan daripada Jabatan Peguam Negara (AGC) sebelum inkues bermula.
Prosiding inkues itu dijadual berlangsung di hadapan koroner pada pukul 9 pagi pada tarikh tersebut.
Kenyataan itu ditandatangani oleh barisan peguam iaitu Hamid Ismail, Shahlan Jufri, Rizwandean M Borhan, Mohd Luqman Syazwan Zabidi, Mohd Syarulnizam Mohd Salleh dan Farrah Nasser.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







