2 guru didakwa rotan pelajar OKU sehingga cedera
GEORGE TOWN — Dua orang guru sebuah sekolah menengah di Pulau Pinang didakwa di Mahkamah Majistret Georgetown atas pertuduhan merotan seorang pelajar sehingga menyebabkan kecederaan.
Menurut Jabatan Peguam Negara, pertuduhan dikemukakan di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan [Akta 574] yang memperuntukkan hukuman terhadap kesalahan menyebabkan kecederaan dengan menggunakan alat berbahaya.
Katanya, kes berkenaan difailkan pada 6 Oktober lalu di Mahkamah Majistret di sini selepas siasatan mendapati kedua-dua guru tersebut didakwa bertindak melampaui peraturan yang ditetapkan.
“Tindakan pendakwaan diambil bagi memastikan perlindungan terhadap kesejahteraan kanak-kanak sentiasa terpelihara dan tiada pihak mengambil tindakan melebihi batas undang-undang,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Katanya, pendakwaan itu bukan bertujuan merendahkan profesion perguruan, sebaliknya dibuat selepas mempertimbangkan pelbagai faktor termasuk hak serta kebajikan pelajar terlibat yang merupakan pelajar berkeperluan khas (OKU).
Jabatan itu turut menegaskan komitmen untuk memastikan setiap tindakan yang diambil adalah adil, seimbang dan berpaksikan prinsip undang-undang bagi melindungi kepentingan semua pihak, khususnya kanak-kanak dan golongan rentan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







