Seorang maut, seorang cedera dalam insiden tembak berhampiran masjid di Sweden
STOCKHOLM – Seorang lelaki berusia 25 tahun maut manakala seorang lagi cedera selepas berlaku insiden tembakan di kawasan parkir berhampiran sebuah masjid di bandar Örebro, tengah Sweden, semalam.
Menurut polis, kejadian berlaku pada awal petang sejurus selesai solat Jumaat, apabila mangsa ditembak ketika meninggalkan kawasan masjid berkenaan.
Mangsa kedua yang turut cedera juga dipercayai berusia dalam lingkungan 20-an.
Pasukan kecemasan segera dikerahkan ke lokasi, manakala orang ramai diminta menjauhkan diri daripada kawasan kejadian.
Ketua Polis Örebro, Roberto Eid Forest, pada sidang media mengesahkan sekurang-kurangnya seorang suspek dilihat melarikan diri dari lokasi.
Polis kini membuka siasatan atas kesalahan membunuh, cubaan membunuh serta kesalahan senjata api yang serius dan percaya insiden itu berkait dengan pergaduhan antara kumpulan geng tempatan.
Menurut agensi berita TT, ketegangan antara dua geng saingan di Örebro dilaporkan meningkat sejak kebelakangan ini.
Sweden sejak beberapa tahun lalu berdepan isu keganasan geng, termasuk penggunaan remaja dari kawasan penduduk imigran untuk melakukan serangan bersenjata.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








