BERITA SEMASAHIBURAN

Amir Raja Lawak bertemu Setiausaha Politik PM

PUTRAJAYA – Kesempitan hidup pelawak dan selebriti, Amir Raja Lawak terus mendapat perhatian pemimpin tertinggi negara apabila beliau berpeluang bertemu Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Farhan Fauzi di Pejabat Perdana Menteri, pagi tadi.

Menerusi hantaran di Facebook, Amir berkongsi pengalaman manis itu yang disifatkannya berlangsung dalam suasana mesra serta penuh keprihatinan terhadap isu yang dibangkitkan.

Amir turut memuatnaik gambar berlatarkan Pejabat Perdana Menteri.

“Alhamdulillah, persekitaran yang baik, mesra, penuh sikap mengambil berat dengan apa yang saya ceritakan.

“Terima kasih banyak-banyak di atas keprihatinan dengan hal-hal yang saya hadapi,” tulisnya di media sosial.

Bagaimanapun, Amir tidak mendedahkan butiran perbincangan, namun menzahirkan penghargaan kepada pihak berkenaan kerana memberi perhatian terhadap permasalahan yang dihadapinya.

Terdahulu, Amir bersama dua selebriti lain disaman sebuah stesen syarikat televisyen swasta, Awesome TV, berhubung dakwaan membuat kenyataan berunsur fitnah.

Sebelum itu, Amir dalam satu hantaran media sosial menuntut bayaran tertunggak sebanyak RM18,000 daripada stesen televisyen tersebut, atas kerja yang telah dilaksanakan bagi menampung kos rawatan kanser ayahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button