PM bertemu pakar ekonomi Mariana Mazzucato
KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan pertemuan dengan pakar ekonomi inovasi terkemuka, Profesor Dr Mariana Mazzucato dari Kolej Universiti London (UCL), United Kingdom.
Pertemuan itu memberi tumpuan kepada strategi pembangunan berorientasikan misi yang menggalakkan kerjasama awam-swasta dalam memacu pelaburan hijau, inovasi teknologi dan transformasi digital negara.
Menerusi hantaran di Facebook, Anwar berkata, perbincangan turut menyentuh kepentingan memperkasa perkhidmatan awam yang moden dan tangkas sebagai pemacu utama kemajuan negara.
“Profesor Mazzucato berkongsi pandangan Malaysia perlu menangani cabaran sistemik, memperkukuh strategi digital, memupuk budaya inovasi serta membina kemahiran masa depan untuk kejayaan transformasi jangka panjang negara,” katanya.
Beliau merupakan pengasas Institut bagi Inovasi dan Tujuan Awam di UCL dan terkenal dengan pendekatan yang menekankan peranan proaktif kerajaan dalam mendorong inovasi dalam sektor-sektor strategik negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














