BERITA SEMASA

Aliff Syukri tuntut hutang puluhan juta daripada individu bergelar ‘Tan Sri’

KUALA LUMPUR – Ahli pernigaan terkenal, Datuk Aliff Syukri Kamarzaman menuntut seorang bekas menteri bergelar ‘Tan Sri’ untuk menjelaskan hutang berjumlah puluhan juta.

Aliff menerusi satu hantaran di Instagram miliknya berkata, usahanya menghubungi individu tersebut gagal selepas panggilan telefon serta kiriman pesanan melalui aplikasi Whatsapp tidak dijawab.

“Tak akan bekas menteri macam ini, saya hubungi dia tak angkat, saya WhatsApp dia tak balas. Dulu nak minta bantuan, dia lah terhegeh-hegeh nak jumpa saya.

“Saya tak nak cerita perkara sebenar, nanti malu satu keluarga Tan Sri. Jadi saya sabar sahaja…orang Langkawi mesti kenal dia hartawan satu Malaysia,” katanya semalam.

Hantaran Aliff itu mendapat perhatian dalam kalangan pengguna media sosial yang mendakwa mengenali individu tersebut. 

“Saya kenal Tan Sri ni sebab saya pernah bekerja di hotel miliknya. Saya berhenti dari hotel itu pun sebab, malas nak sebut,” kata pemilik akaun FiziHassan88 dalam ruangan komentar hantaran Aliff Syukri itu.

Selain itu, pemilik akaun Ezza_Azzaiti yang mendakwa bekerja di bawah Tan Sri tersebut berkata, dia tidak dibayar gaji semenjak pandemik Covid-19.

“Saya tidak akan halal dunia dan akhirat duit gaji saya,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button