Buruh asing disyaki rogol remaja dalam ladang ditahan polis
TAWAU – Seorang buruh warga asing ditahan polis semalam selepas disyaki merogol seorang remaja perempuan berusia 16 tahun di sebuah ladang di sini, kelmarin.
Lelaki berusia 34 tahun itu ditahan dalam satu operasi yang dijalankan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Daerah (BSJD) IPD Tawau, bersama Balai Polis Bombalai dan polis bantuan ladang, sekitar pukul 9 malam.
Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Jasmin Hussin, berkata berdasarkan laporan yang dibuat, mangsa mendakwa kejadian berlaku pada pukul 11.30 pagi, Rabu lalu, di sebuah rumah di ladang tersebut.
“Mangsa kemudian memberitahu rakannya mengenai kejadian yang berlaku sebelum tampil membuat laporan polis,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menurutnya lagi, polis turut merampas pakaian yang dipakai oleh suspek pada hari kejadian. Suspek kini disiasat mengikut Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan kerana merogol.
“Soal siasat awal mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau,” jelasnya.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








