Dua pekerja TNB melecur dalam letupan stesen pencawang
MELAKA – Dua pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) melecur selepas terkena renjatan elektrik dalam insiden letupan dan kebakaran di sebuah stesen pencawang di Pangsapuri Rumpun Bahagia, Jalan Bachang, pagi tadi.
Kejadian dilaporkan berlaku pada pukul 10.30 pagi ketika kedua-dua mangsa yang berusia dalam lingkungan 30-an sedang menjalankan kerja-kerja penyelenggaraan di lokasi berkenaan.
Menurut Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Ismail Harun, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada pukul 10.38 pagi sebelum sembilan anggota bersama tiga jentera dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Sebaik tiba, pasukan bomba mendapati berlaku letupan dan kebakaran melibatkan stesen pencawang milik TNB, menyebabkan dua pekerja terkena renjatan elektrik.
“Kedua-dua mangsa mengalami kecederaan akibat melecur dan telah dihantar ke hospital menggunakan ambulans,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tambah beliau, operasi pemadaman berjaya dikawal sepenuhnya pada pukul 10.47 pagi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








