Israel buka koridor baharu di selatan Gaza, pisahkan kawasan Khan Younis
GAZA – Ketegangan di selatan Semenanjung Gaza terus memuncak apabila rejim Zionis mengumumkan pembukaan satu lagi koridor ketenteraan yang dinamakan Koridor Magen Oz sejauh 15 kilometer.
Menurut laporan Al Jazeera, koridor tersebut memisahkan bandar Khan Younis kepada dua bahagian iaitu timur dan barat dalam usaha terbaharu Israel untuk menyekat pergerakan pejuang Hamas serta memecahbelahkan kawasan operasi kumpulan itu di wilayah berkenaan.
Menurut kenyataan rasmi rejim Israel, langkah tersebut bertujuan menambah tekanan taktikal terhadap Hamas selain membantu melumpuhkan briged yang masih aktif di kawasan itu.
Khan Younis merupakan antara kubu utama Hamas di selatan Gaza dan menjadi tumpuan serangan darat serta udara oleh Israel sejak beberapa bulan lalu.
Konflik antara Israel dan Hamas kembali meletus sejak 7 Oktober tahun lalu menyebabkan puluhan ribu penduduk Palestin terkorban dan jutaan lain hilang tempat tinggal.
Pemerhati antarabangsa bimbang tindakan membuka koridor itu hanya akan memburukkan lagi krisis kemanusiaan yang sedang melanda Gaza, khususnya terhadap ribuan orang awam yang masih terperangkap di kawasan pertempuran tanpa akses kepada makanan, air bersih dan rawatan perubatan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








One Comment