
Saintis Brazil temui tumbuhan berunsur ganja dalam pokok liar
RIO DE JANEIRO – Kumpulan penyelidik di Brazil mencipta kejutan dalam dunia perubatan apabila menemui sebatian cannabidiol (CBD) iaitu bahan utama dalam tumbuhan ganja pada tumbuhan liar yang langsung tiada kaitan dengan spesies tumbuhan ganja.
Trema micrantha blume tumbuhan renek yang tumbuh melata di negara Amerika Selatan itu berpotensi menjadi sumber baharu CBD kerana tidak mengandungi tetrahydrocannabinol (THC), bahan psikoaktif yang sering dikaitkan dengan ganja.
Lebih menarik, tumbuhan tersebut tidak tertakluk kepada larangan undang-undang di kebanyakan negara seperti ganja.

Sciencealert melaporkan penemuan itu membuka peluang besar kepada pengeluaran CBD yang lebih murah dan mudah diperoleh bagi tujuan perubatan.
Penemuan penting itu diketuai ahli biologi molekul, Rodrigo Moura Neto, yang turut menerima geran penyelidikan daripada kerajaan Brazil untuk meneruskan kajian, termasuk memperhalusi kaedah pengekstrakan dan menjalankan ujian klinikal terhadap CBD daripada pokok Trema.
“Kami melihat potensi besar untuk menghasilkan CBD dalam skala besar tanpa berdepan isu perundangan yang sering melambatkan kemajuan terapi berasaskan ganja,” kata Neto kepada media tempatan.
Ketika permintaan global terhadap produk CBD dijangka mencecah RM221 bilion (AS$47 bilion) menjelang tahun 2028, penemuan ini dilihat mampu merubah landskap terapi berasaskan kanabinoid dan membuka lembaran baharu kepada rawatan penyakit seperti epilepsi, sakit kronik dan keresahan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








