BERITA SEMASADALAM NEGERI

3,850 pegawai perubatan terima tawaran lantikan tetap

BANGI – Seramai 3,850 daripada 4,352 pegawai perubatan Gred UD10 bersetuju menerima tawaran lantikan tetap setakat semalam.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata, kesemua pegawai terbabit akan melapor diri di fasiliti Kementerian Kesihatan (KKM) di seluruh negara bermula 2 Oktober ini.

“Kalau dibandingkan dengan tahun-tahun sebelum ini, kadar penerimaan masih sama. Namun kali ini, kita memberi tiga pilihan penempatan termasuk di Sabah dan Sarawak. Itu cabaran utama dalam usaha mengatasi masalah maldistribution.

“Sebagai menteri, saya amat mengharapkan mereka terus bersama KKM untuk membangunkan dan memperkasakan lagi fasiliti kesihatan awam,” katanya ketika merasmikan Persidangan Saintifik Kesihatan Bersekutu ke-14 di sini, semalam.

Pada 23 Julai lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengumumkan kerajaan akan menyegerakan pengisian 4,352 jawatan di fasiliti kesihatan termasuk bagi doktor kontrak, berikutan keperluan mendesak sektor berkenaan.

Sementara itu, Dr. Dzulkefly memaklumkan tinjauan di Sabah dan Sarawak mendapati ramai pegawai perubatan dari Semenanjung yang pada awalnya keberatan, akhirnya memilih untuk kekal berkhidmat di sana antara lima hingga 10 tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button