Luar Negara

Hipkins rasmi dilantik PM New Zealand ke-41

WELLINGTON – Chris Hipkins secara rasmi dilantik sebagai Perdana Menteri baharu New Zealand menggantikan Jacinda Ardern.

Pelantikan Hipkins disahkan oleh wakil Raja Charles di New Zealand, Gabenor Jeneral Cindy Kiro selepas mengangkat sumpah jawatan pada pukul 11.23 pagi (waktu tempatan) hari ini.

Terdahulu, bekas Perdana Menteri Ardern, 42, menyerahkan warkah peletakan jawatannya kepada Kiro.

Hipkins, 44, yang merupakan bekas Menteri Tindak Balas Covid-19 dan Menteri Polis dipilih oleh Parti Buruh secara rasmi Ahad lepas.

Hipkins kemudiannya mengadakan pertemuan pertamanya dengan Menteri Buruh sebelum bertemu media.

“Ini merupakan satu keistimewaan dan tanggungjawab terbesar dalam hidup saya.

“Saya teruja dengan cabaran yang mendatang,” kata Hipkins dalam ucapan pertamanya sebagai Perdana Menteri.

Sementara itu, jawatan Timbalan Perdana Menteri pula disandang Carmel Sepuloni yang turut mengangkat sumpah jawatan hari ini.

Hipkins kini perlu membina semula sokongan untuk parti yang agak ketinggalan dalam tinjauan pendapat menjelang pilihan raya pada Oktober.

Show More

Related Articles

Back to top button