Politik

PRN: Formula Kerajaan Perpaduan mampu beri kemenangan di Kedah – Adly

SUNGAI BULOH – Formula yang bakal digunakan oleh Kerajaan Perpaduan menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) nanti dilihat bakal memberi kelebihan dalam memastikan kemenangan bukan sahaja di kubu kuat kerajaan malah di kawasan pembangkang.

Menurut Naib Presiden Parti Amanah Negara (Amanah), Adly Zahari, beliau yakin Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berpeluang untuk menang di Kedah dan bersaing di Terengganu serta Kelantan.

Tambah Adly yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, Amanah juga akan memberi perhatian dalam memastikan kerusi dimenangi parti itu dalam pilihan raya lalu dipertahankan.

“Jadi kita pertahan (kerusi dimenangi Amanah) dan dalam masa sama kita melihat ada peluang bukan saja menyokong rakan kerajaan Perpaduan di Selangor, Pulau Pinang dan Negeri Sembilan tetapi saya yakin dengan perpaduan dan sepakat kita mempunyai peluang di Kedah.

“Saya yakin formula perpaduan boleh memberi banyak ruang bukan saja mempertahankan tiga negeri dan mengambil semula Kedah dan dalam masa sama bersaing di Kelantan dan Terengganu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Penganugerahan Diploma Kemahiran Malaysia dan Penyampaian Sijil Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat) di Dewan Jubli Perak, Kompleks Perhebat Kem Sungai Buloh, di sini, hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button