Pemandu rempuh pengunjung Kea Farm diserang sawan
CAMERON HIGHLANDS – Empat pejalan kaki cedera ringan selepas dirempuh sebuah kereta Perodua Myvi di Jalan Kea Farm dekat Brinchang, tengah hari tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Cameron Highlands, Superintenden Azri Ramli, siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada kenderaan yang terbabas selepas pemandunya diserang sawan.
Kejadian yang berlaku sekitar pukul 12 tengah hari itu melibatkan seorang lelaki berusia 24 tahun serta tiga kanak-kanak perempuan berusia dua, lapan dan 10 tahun.
“Kesemua mangsa menerima rawatan di Hospital Sultanah Hajjah Kalsom dan telah dibenarkan pulang selepas disahkan mengalami kecederaan ringan.
“Hasil ujian air kencing terhadap pemandu berkenaan menunjukkan keputusan negatif dan semakan juga mendapati tiada sebarang rekod saman sebelum ini.
“Namun, dia disahkan mempunyai rekod penyakit sawan,” katanya dalam kenyataan media.
Pihak polis telah mengeluarkan saman terhadap pemandu terbabit dan menasihatkan orang ramai agar tidak menyebarkan maklumat yang tidak sahih berkaitan kejadian tersebut.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








