SPRM laksana korban sempena Aidiladha, tujuh lembu ‘tumbang’ di Dengkil
DENGKIL – Sempena hari raya Aidiladha dan sebagai usaha memenuhi tuntutan agama, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melaksanakan Program Ibadah Korban SPRM 1446H/2025M dengan menyembelih tujuh ekor lembu di Dengkil, semalam.
Program yang dilaksanakan melalui Bahagian Kecemerlangan dan Profesionalisme (BCP) SPRM itu mendapat kerjasama daripada Surau Ikhwanul Muslimin, Kampung Sungai Buah Luar.
Menurut kenyataan SPRM, program itu turut disertai oleh pihak pengurusan tertinggi dan warga kerja SPRM, kariah Surau Safinatun Najah Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya serta ahli kariah Surau Ikhwanul Muslimin.
“Program bermula seawal 8 pagi dan disempurnakan oleh Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki, yang turut hadir bersama isterinya, Normah Mohd Zin.
Hadir sama adalah Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme) SPRM, Datuk Junipah Wandi dan Pengarah BCP SPRM, Syed Mohd Termizi Syed Musa.
Program itu menyaksikan penyembelihan tujuh lembu, di mana lima daripadanya disumbangkan oleh pengurusan tertinggi dan warga kerja SPRM manakala dua lagi oleh ahli kariah Surau Ikhwanul Muslimin.
Selepas penyembelihan, program diteruskan dengan aktiviti gotong-royong melapah daging dan memasak, bertujuan meraikan warga SPRM serta ahli kariah surau yang terlibat.
Daging korban yang telah siap diproses kemudiannya diagihkan kepada peserta, warga Ibu Pejabat SPRM Gred 1 dan golongan asnaf yang telah dikenalpasti oleh pihak kariah Surau Ikhwanul Muslimin.
SPRM menjelaskan bahawa program itu bukan sahaja mengukuhkan semangat kebersamaan dan keprihatinan dalam komuniti tetapi juga memenuhi tuntutan agama dalam meraikan Aidiladha.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |


