BERITA SEMASA

Akaun Facebook Mohamad Sabu digodam

PUTRAJAYA – Laman sosial Facebook rasmi Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, Datuk Seri Mohamad Sabu telah digodam kira-kira jam 4 petang tadi.

Menurut Pejabat Menteri Pertanian dan Keterjaminan Makanan, susulan itu akaun tersebut tidak dapat diakses oleh kesemua pentadbir akaun.

“Pejabat Menteri Pertanian Dan Keterjaminan Makanan kini sedang berusaha mendapatkan kembali akses ke akaun Facebook tersebut.

“Justeru itu sebarang status atau kenyataan yang dimuat naik di laman tersebut selepas siaran ini dikeluarkan adalah bukan daripada Datuk Seri atau pentadbir yang sah,” katanya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button