POLITIK

KJ disahkan akan sertai PN – SUA Pas

BANGI – Teka-teki penyertaan bekas Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin untuk menyertai Perikatan Nasional (PN) semakin jelas apabila khabar angin itu disahkan oleh Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan.

Beliau berkata, Khairy yang merupakan bekas Ketua Pemuda UMNO itu telah mengadakan pertemuan dengan Pengerusi PN, Tan Sri Muhyiddin Yassin berhubung perkara itu namun masih tiada pengesahan rasmi diputuskan.

Takiyuddin berkata, kedua-dua tokoh politik itu dijangka akan mengadakan satu lagi pertemuan dan keputusan mengenainya akan dimuktamadkan dalam masa terdekat.

Sebelum ini, Malaysia Tribune melaporkan Muhyiddin menawarkan jawatan ahli Majlis Pimpinan Tertinggi sekiranya Khairy menyertai Bersatu.

Bekas ahli Parlimen Rembau itu dipecat pada Januari lalu disebabkan pelanggaran disiplin parti mengikut Perlembagaan UMNO kerana kesalahan semasa Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

Turut dipecat bersama beliau adalah Pengerusi Perhubungan UMNO Selangor, Tan Sri Noh Omar manakala, Ahli Parlimen Sombrong, Datuk Seri Hishammuddin Hussein digantung selama enam tahun.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button