BERITA SEMASA

Malaysia ke arah Negara Bebas Rokok menjelang 2040

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) yakin sasaran Malaysia untuk mencapai status Negara Bebas Rokok menjelang 2040 mampu direalisasikan melalui kerjasama pelbagai pihak dan sokongan masyarakat.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Dzulkefly Ahmad berkata demikian sempena Persidangan Kawalan Tembakau Kebangsaan (National Tobacco Control Conference), di sini semalam.

Program itu diadakan bersempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi akademik, rakan antarabangsa dan pemimpin komuniti.

“Selama bertahun-tahun, pasukan kami telah terlibat secara aktif, bekerjasama dan berganding bahu dengan pelbagai pihak melalui pendekatan seluruh negara dan seluruh masyarakat,” katanya dalam ucapan perasmian.

Majlis itu diadakan bersempena Sambutan Hari Tanpa Tembakau Sedunia Peringkat Kebangsaan 2025 dengan penyertaan pelbagai agensi kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), institusi akademik, rakan antarabangsa dan pemimpin komuniti.

Pelbagai inisiatif telah digerakkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ke arah mencapai matlamat itu.

Ia termasuklah Resolusi Kesihatan Paru-Paru, Perkhidmatan Rawatan Berhenti Merokok (MQuit Services), Program KOTAK (Kesihatan Oral Tanpa Amalan Merokok) hasil kerjasama dengan Kementerian Pendidikan Malaysia dan jaringan kerjasama strategik bersama NGO, agensi profesional serta badan korporat.

KKM turut melancarkan maskot rasmi Pak Lung yang menjadi simbol kesepaduan, iltizam dan perjuangan rakyat Malaysia dalam memastikan kesihatan paru-paru bebas daripada ancaman tembakau.

Dalam majlis sama, KKM turut melancarkan buku bertajuk ‘Siri Bebas Rokok’ terbitan bersama Pusat Racun Negara dan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

Ia sebagai usaha advokasi berterusan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap bahaya merokok bermula dari peringkat akar umbi.

Turut dilancarkan ialah maskot rasmi ‘Pak Lung’ yang menjadi simbol kepada kesepaduan, iltizam dan perjuangan rakyat Malaysia dalam memastikan kesihatan paru-paru bebas daripada ancaman tembakau.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button