BERITA SEMASAPMX

PM Anwar akhiri lawatan ke Singapura, fokus perkukuh kerjasama strategik

SINGAPURA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengakhiri lawatan kerja singkat beliau ke Singapura dengan mengadakan pertemuan bersama rakan sejawatnya, Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong, serta melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Tharman Shanmugaratnam.

Menurut Anwar, pertemuan tersebut membincangkan pelbagai isu dua hala yang memerlukan kerjasama lebih erat antara kedua-dua negara, termasuk mengenai sempadan, maritim, air, tenaga boleh diperbaharui serta pelaksanaan inisiatif strategik seperti Grid Tenaga ASEAN.

“Kami turut meneliti kemajuan projek penting seperti Laluan Sistem Transit Laju Johor Bahru–Singapura (RTS Link) yang dijangka siap menjelang akhir 2026, serta pelaksanaan Zon Ekonomi Khas Johor–Singapura (JS-SEZ) yang akan memacu pertumbuhan ekonomi serantau,” katanya dalam kenyataan semalam.

Baca juga : Anwar ucap tahniah kepada PM Singapura, tekad perkukuh hubungan dua hala

Perdana Menteri turut menyatakan keyakinan bahawa lawatan ini akan membawa manfaat besar dan menggandakan hasil kerjasama antara Malaysia dan Singapura dalam pelbagai sektor strategik.

“Semoga hubungan persahabatan kedua-dua negara terus diperkukuh demi kemakmuran bersama,” tambahnya.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button