Politik

PRN: Tengku Zafrul serah kepada pucuk pimpinan parti

KUALA LUMPUR – Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Azizberkata beliau sedia bertanding pada Pilihan Raya Negeri (PRN) tidak lama lagi sekiranya itu keputusan parti.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu berkata, sebagai seorang party-man, beliau sentiasa terbuka dan akur kepada kehendak pucuk pimpinan sama ada dicalonkan atau sebaliknya.

“Bagi saya kuasa untuk menjadi calon atau bertanding ini tertakluk kepada pucuk pimpinan parti.

“Saya secara peribadi, terpulanglah apa-apa keputusan yang dibuat oleh pucuk pimpinan UUMNO-BN, saya akur,” katanya ketika ditemui media di Laman Media sempena Perhimpunan Agung Umno (PAU) 2023 di WTCKL pada Khamis.

Beliau yang juga Ketua Umno Bahagian Kota Raja mengakui masih tidak pasti desas-desus kononnya beliau akan bertanding di DUN Sungai Kandis pada PRN Selangor nanti.

“Saya tak tahu sama ada saya bertanding ke tidak kerana ini terpulang kepada pucuk pimpinan parti saya, apa-apa keputusan yang saya akan akur.

“Itu pendapat peribadi KJ (Khairy) tapi bagi saya kuasa untuk menjadi calon atau bertanding ini tertakluk kepada pucuk pimpinan,” katanya.

 

Show More

Related Articles

Back to top button