Sepak Takraw Piala Asia 2025: Malaysia tundukkan musuh tradisi Thailand
KUALA LUMPUR – Malaysia muncul juara acara regu Kejohanan Piala Asia Sepak takraw ASTAF 2025 selepas menewaskan musuh tradisi, Thailand menerusi kemenangan dua set di Stadium Titiwangsa sebentar tadi.
Dalam set pertama, trio negara yang diwakili Farhan Adam, Azlan Alias dan Syahir Rosdi mempamerkan aksi bertenaga untuk menundukkan pasukan lawan dengan mata 15-12.
Momentum itu diteruskan di set kedua apabila Malaysia pantas mendahului 5-0, mencetuskan sorakan gemuruh daripada penyokong tuan rumah.
Thailand kemudian cuba merapatkan jurang dengan meraih beberapa mata, namun corak permainan kemas dan disiplin tinggi yang dipamerkan oleh skuad negara berjaya mematahkan asakan lawan.
Pada set kedua, Malaysia terus mengekalkan momentum apabila menampilkan permainan kemas dan bertenaga untuk mencatat kemenangan 15-9, sekali gus memastikan pingat emas menjadi milik tuan rumah.
Lebih manis lagi, kemenangan ini melengkapkan kejuaraan berganda Malaysia selepas meraih kejayaan dalam acara kuadran.
@malaysiatribune Regu utama sepak takraw Malaysia berjaya cipta sejarah baharu apabila mudah jinakkan Thailand untuk juarai acara regu Piala Asian ASTAF edisi yang pertama. Berita penuh : https://malaysiatribune.news/berita-semasa/sepak-takraw-piala-asia-2025-malaysia-tundukkan-musuh-tradisi-thailand/ #malaysiatribune
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








