Warga emas lemas, pikap terjunam ke sungai Sarawak
KUCHING — Seorang lelaki warga emas ditemukan lemas selepas kenderaan pikap yang dipandunya terjunam ke dalam Sungai Sarawak berhampiran Jambatan Tun Abang Muhammad Salahuddin, awal pagi tadi.
Mangsa, Lim Boon Hua, 62 tahun, ditemui dalam keadaan terperangkap di tempat duduk pemandu oleh anggota Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA), pada pukul 9.32 pagi.
Menurut jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, operasi menyelamat digerakkan sejurus pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung insiden tersebut.
“Anggota penyelam PPDA berjaya menemui mangsa yang masih berada di dalam kenderaan.
“Mangsa dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh petugas perubatan yang berada di lokasi,” katanya dalam satu kenyataan.
Usaha mengangkat kenderaan dari dasar sungai turut dijalankan dengan bantuan unit kren serta sokongan daripada agensi berkaitan.
Mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, manakala siasatan berhubung punca kejadian sedang dijalankan.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |







