CBP hulur bantuan mangsa letupan gas Putra Heights menerusi CB-Prihatin
KUALA LUMPUR – Co-opbank Pertama (CBP) meneruskan komitmennya dalam membantu mangsa letupan gas di Putra Heights menerusi Program CB-Prihatin.
Ketua Pegawai Komersial CBP, Mohd Faris Kamarudin berkata, sebanyak RM5,000 telah dihulurkan kepada Masjid Putra Heights sebagai usaha awal membantu komuniti yang terkesan.
Beliau berkata, CBP turut melancarkan inisiatif lanjutan dengan menyalurkan sumbangan melalui langganan produk berasaskan fi bagi tempoh 1 Mei hingga 30 Jun ini.
“Antara produk terlibat seperti Takaful CBP Protect, Takaful CBP SmartCare, Takaful CBP Kenderaan, Takaful CBP Idaman, Takaful CBP Idaman Plus, Penulisan Wasiat dan CBP Amanah Pusaka.
“Program ini adalah seiring dengan prinsip koperasi iaitu prihatin terhadap komuniti. Setiap langganan produk berasaskan fi akan membantu meringankan beban mangsa yang terkesan,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Tambahnya, rakan strategik CBP iaitu Zurich Takaful Malaysia Berhad, Takaful Ikhlas Family Berhad, Rakyat Trustee Berhad dan My Angkasa Amanah Berhad turut menyokong usaha ini melalui sumbangan mereka berdasarkan jumlah langganan yang diterima.
Melalui inisiatif ini, CBP terus komited memainkan peranan dalam menyokong masyarakat setempat, di samping menyemai nilai keprihatinan dalam kalangan pelanggan mereka.
Untuk maklumat lanjut mengenai produk, orang ramai boleh mengunjungi mana-mana cawangan CBP di seluruh negara.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








