BERITA SEMASA

105 pegawai, anggota Maritim Malaysia terima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang

BANGI – Seramai 105 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024.

Ketua Pengarah Maritim Malaysia, Laksamana Maritim Datuk Mohd Rosli berkata, penganugerahan itu bukan sekadar simbol penghormatan tetapi menjadi pencetus semangat kepada seluruh warga agensi itu untuk terus mengamalkan budaya kerja berprestasi tinggi dan profesional.

“Keunggulan Maritim Malaysia bukan hanya terletak pada kecekapan operasi, tetapi pada iltizam setiap pegawainya untuk menjunjung amanah negara dengan penuhtaat setia dan keberanian,” katanya ketika berucap dalam majlis itu hari ini.

Seramai 105 pegawai dan anggota Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) menerima Anugerah Perkhidmatan Cemerlang (APC) 2024.

Dalam pada itu beliau turut menyeru agar para penerima menjadi teladan dan pembimbing kepada generasi baharu dalam agensi, selain terus memperkukuh nilai integriti, profesionalisme dan efisiensi dalam setiap lapisan organisasi.

Pada majlis tersebut, beliau turut menyampaikan Reben Perkhidmatan Cemerlang Maritim (RCM) kepada sembilan penerima APC yang telah menerima sebanyak tiga kali anugerah APC sepanjang perkhidmatan di Maritim Malaysia. 

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button