BERITA SEMASA

Pelajar IPT akan dibenar ikuti sistem pembelajaran secara hibrid dan anjal

PETALING JAYA – Pelajar di institusi pengajian tinggi (IPT) akan dibenarkan mengikuti sistem pembelajaran secara hibrid dan anjal.

Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin berkata, sistem pembelajaran ini membolehkan para pelajar menghadiri kuliah hanya pada tahun pertama dan tahun akhir sahaja.

Menurut beliau, pada tahun-tahun di pertengahannya, pelajar akan diberi pilihan dan keanjalan untuk mengikuti pengajian dari rumah tanpa perlu hadir ke kelas secara fizikal.

“Maksudnya, mahasiswa boleh menghadiri kuliah secara dalam talian sahaja.

“Melalui inisiatif ini, bukan sahaja mahasiswa boleh menyusun aktiviti mereka dengan lebih fleksibel.

“Ia akan memberi beberapa kelebihan seperti, dapat mengurangkan jumlah pinjaman dan kos pendidikan, membuka ruang untuk mahasiswa bekerja atau melakukan perkara-perkara yang memerlukan mereka untuk tidak berada di kampus,” katanya semasa Majlis Penutupan Program Jom Masuk U 2023 di Universiti Malaya, hari ini.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button