BERITA SEMASA

Inisiatif ekonomi, perpaduan rakyat penting tanpa mengira kaum – PM

IPOH – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan perlu terus merangka inisiatif yang menjamin keutuhan ekonomi negara sambil menjaga kemaslahatan rakyat tanpa mengira agama dan kaum.

Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Sambutan Aidilfitri Madani Peringkat Negeri Perak, di sini malam tadi.

Orang ramai tidak melepaskan peluang bersalaman dengan Perdana Menteri pada majlis yang dihadiri pelbagai lapisan masyarakat itu.

“Semangat cintakan negara ini mesti didokong oleh kepimpinan yang bersih, tegas dan berwibawa.

“Ia penting demi mewujudkan kestabilan politik yang kukuh, dasar ekonomi serta pembangunan yang jelas dan tadbir urus yang super efisien,” katanya dalam satu hantaran di Facebook.

Menurut beliau, dengan keupayaan yang dimiliki kerajaan hari ini, rakyat harus optimis terhadap masa depan negara yang lebih baik untuk semua kaum.

“Insya-Allah, saya yakin kita mampu mengangkat martabat semua kaum di negara ini ke arah masa depan yang lebih gemilang,” katanya lagi.

Majlis tersebut merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan Madani untuk mendekati rakyat pelbagai lapisan sambil memperkukuh semangat perpaduan dan keharmonian nasional.

Program itu turut dihadiri pimpinan kerajaan kersekutuan, kerajaan negeri serta masyarakat setempat.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button