Kalah peringkat cabang bukan pengakhiran – Adam Adli
PUTRAJAYA – Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Adam Adli menganggap kegagalannya merebut jawatan Timbalan Ketua Cabang Hang Tuah Jaya bukan satu pengakhiran.
Beliau malah opitimis akan dipilih untuk berada dalam Majlis Pimpinan Pusat (MPP) pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada Mei ini.
Katanya, pertandingan peringkat MPP adalah satu arena yang berbeza daripada peringkat akar umbi, dan beiau menaruh harapan bersandar kepada pengalamannya.
“I’ve lost but I’m not out (Saya tewas tapi belum keluar dari pertandingan). Tentu sekali kita percaya bahawa dengan penglibatan (saya dalam parti) lebih banyak ruang terutama sekali dengan pengalaman saya dalam Angkatan Muda Keadilan sebelum ini.
“(Saya) ada keyakinan (untuk jawatan MPP) yang lebih baik, insya Allah,” katanya pada sidang akhbar selepas melancarkan Dana Antarabangsa Belia Kementerian Belia dan Sukan (KBS), di sini hari ini.
Dalam pemilihan cabang minggu lalu, Adam Adli meraih sebanyak 791 undi berbanding pencabarnya, Zamzizul Nordin yang menang dengan 1,905 undi.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








