Pas Pelabur diproses dalam tempoh singkat, baru satu diluluskan – Imigresen
PUTRAJAYA – Proses kelulusan Pas Pelabur kini ditetapkan mengambil masa lima hari, melibatkan pengesahan dokumen oleh pihak Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) selama tiga hari, sebelum diserahkan kepada Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) untuk proses kelulusan dalam tempoh dua hari.
Sejak kemudahan itu diperkenalkan pada 1 April lalu, JIM menerima sebanyak 102 permohonan yang mana setakat hari ini hanya satu sahaja diluluskan.
Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Zakaria Shaaban berkata, daripada jumlah tersebut, satu permohonan telah disokong sepenuhnya, manakala 30 permohonan ditolak kerana tidak memenuhi syarat serta kegagalan mengemukakan dokumen lengkap.
“Namun demikian, permohonan yang ditolak itu tidak dianggap muktamad. Pemohon masih berpeluang mengemukakan semula permohonan selepas melengkapkan semua dokumen yang diperlukan,” katanya.
Menurut beliau lagi, lalui pas berkenaan, pemegangnya dibenarkan tinggal di Malaysia selama enam bulan, dengan lanjutan sehingga enam bulan lagi tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan.
“Permohonan bagi Pas Pelabur hendaklah dikemukakan melalui saluran tunggal iaitu sistem Xpats Gateway di bawah kendalian TalentCorp.
“Semua permohonan akan dikemukakan menerusi satu saluran sahaja bagi memudahkan dan mempercepatkan proses penilaian dan kelulusan,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Tambahnya lagi, empat permohonan kini berada dalam peringkat verifikasi, manakala 67 permohonan masih berada dalam status draf dan belum dihantar secara rasmi oleh pemohon.
| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |














