BERITA SEMASA

Kerja pengorekan di lokasi insiden letupan paip gas dapat permit MBSJ, PETRONAS

SUBANG JAYA – Kerja pengorekan tanah berhampiran lokasi insiden letupan paip gas bawah tanah di Putra Heights dekat sini, dilakukan dengan sah kerana mendapat permit daripada Majlis Bandaraya Subang Jaya (MBSJ) dan PETRONAS.

Datuk Bandar Subang Jaya, Datuk Amirul Azizan Abd Rahim berkata, pihaknya ada menerima aduan mengenai kerja-kerja pengorekan di lokasi kejadian daripada penduduk di kawasan sekitar itu.

“Aduan diterima daripada Sistem Pengurusan Aduan dan hasil siasatan MBSJ juga telah dimaklumkan kepada pengadu.

“MBSJ sudah melakukan siasatan di lokasi kerja mengorek berkenaan dijalankan dan siasatan mendapati kerja itu memiliki permit daripada MBSJ dan PETRONAS, selain mematuhi prosedur (SOP) yang ditetapkan,” katanya.

Amirul Azizan berkata demikian dalam sidang akhbar di Pos Kawalan Tempat Kejadian (PKTK) insiden letupan paip gas PETRONAS di Putra Heights, di sini hari ini.

Laporan media sebelum ini memberitahu, terdapat penduduk
di kawasan berkenaan menyuarakan kebimbangan mengenai aktiviti pengorekan tanah di lokasi berhampiran insiden letupan paip gas bawah tanah.

SERTAI KAMI DI MEDIA SOSIAL UNTUK MENDAPATKAN LEBIH INFORMASI DAN VIDEO MENARIK
Platform Pautan
Facebook Malaysia Tribune
X @malaysiatribune
Instagram @malaysiatribune
Threads @malaysia.tribune
Youtube Malaysia Tribune
TikTok Malaysia Tribune
Whatsapp Channel Malaysia Tribune
Telegram Malaysia Tribune
Show More
Back to top button