Ratu cantik Myanmar ditemukan tertimbus dalam gempa bumi di Mandalay
MANDALAY — Pemenang ratu cantik Miss Tourism Myanmar 2018 ditemui meninggal dunia di bawah runtuhan kondominium 12 tingkat di bandar ini selepas gempa bumi kuat pada minggu lalu.
Menurut kenyataan daripada organisasi Miss Tourism Myanmar yang dimuat naik di Facebook pada 2 April 2025 lalu, Silimee dilaporkan terperangkap di dalam runtuhan kondominium Sky Villa semasa gempa bumi berlaku.
Media tempatan melaporkan, kediamaan yang diduduki Silimee itu sebelum ini dipromosikan sebagai bangunan yang mempunyai asas tahan gempa selepas siap dibina pada 2017.
Gempa bumi berukuran 7.7 Skala Richter yang menggemparkan Myanmar pada 28 Mac lalu itu menyebabkan lebih 3,700 terkorban dengan lebih 5,000 orang cedera dan ratusan lagi dilaporkan hilang.
Kesan gempa turut menyebabkan kemusnahan besar di Thailand termasuk runtuhan sebuah pangsapuri 30 tingkat yang sedang dalam pembinaan di daerah Chatuchak menyebabkan 29 mangsa maut dan 33 lagi cedera.

| Platform | Pautan |
|---|---|
| Malaysia Tribune | |
| X | @malaysiatribune |
| @malaysiatribune | |
| Threads | @malaysia.tribune |
| Youtube | Malaysia Tribune |
| TikTok | Malaysia Tribune |
| Whatsapp Channel | Malaysia Tribune |
| Telegram | Malaysia Tribune |








