Politik

PN bincang agihan kerusi PRN 5 Jun nanti – Ahmad Samsuri

KUALA TERENGGANU – Parti komponen Perikatan Nasional (PN) dijangka akan mengadakan perbincangan mengenai agihan kerusi Pilihan Raya Negeri (PRN) pada 5 Jun depan.

Naib Presiden PAS, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar berkata, jawatankuasa perunding daripada parti komponen akan menghadiri pertemuan itu bagi membuat keputusan, yang kemudiannya akan dibawa ke Majlis Presiden PN.

“Sebelum ini kita dah adakan pertemuan untuk bincang kerusi, tetapi ada beberapa pemimpin parti (komponen) yang tak dapat hadir atas sebab-sebab tertentu. Jadi kami jawatankuasa perunding duduk dan bincang (agihan kerusi) pada 5 Jun ini,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas Majlis Perasmian Dana Sumbangan Pendidikan Yayasan Pendidikan MAIDAM (YPM), di sini malam tadi.

Ahmad Samsuri yang juga Menteri Besar Terengganu berkata sebarang isu yang tidak dapat diselesaikan dalam mesyuarat berkenaan akan dibawa ke Majlis Presiden untuk pertimbangan dan keputusan akhir.

Show More

Related Articles

Back to top button