Berita Semasa

‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ tema Hari Kebangsaan 2023

KUALA LUMPUR – ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ dipilih sebagai tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) bagi tahun ini.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, hari ini.

Beliau berkata, pemilihan tema itu selari dengan tekad dan komitmen kerajaan untuk membangunkan sebuah negara dengan rakyat yang bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi serta hidup dalam keadaan aman dan sejahtera.

Menurutnya, ia juga didukung konsep Malaysia Madani sebagai kunci utama, yang diinspirasikan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bagi memastikan rakyat mengecapi segala bentuk kemajuan dan kemodenan berteraskan kemampanan budaya bangsa, berdaya cipta, keyakinan, kesejahteraan, hormat-menghormati dan ihsan.

“Pemilihan tema ini hasil kerjasama strategik dan kesepakatan pasukan panel pemikir terdiri daripada 16 pakar pelbagai bidang, antaranya ahli akademik, tokoh budaya, pengamal media, pertubuhan belia, pertubuhan bukan kerajaan, Dewan Bahasa dan Pustaka, ikon belia dan pempengaruh media sosial.

“Seiring dengan aspirasi tersebut, suka saya umumkan logo Malaysia Madani turut dipilih menjadi logo rasmi sambutan HKHM 2023,” katanya ketika melancarkan logo dan tema HKHM 2023 di Esplanade, Taman KLCC di sini hari ini.

Show More

Related Articles

Back to top button